"Menyusahkan sahaja sistem online ini. Lebih baik dengan cara dahulu yang menggunakan manual. Isi borang kemudian hantar."
"Kadang-kadang menyusahkan kalau segala-galanya menggunakan online. Kalau sistem down, sama saja guna yang manual."
Inilah antara perbualan yang tidak asing dalam orang kita. Perbualan diatas adalah perbualan yang aku nukilkan ketikan berada dalam satu majlis beberapa hari yang lalu. Ketika itu, kami sedang berbual mengenai suatu perkara dan aku telah mencadangkan untuk memanfaatkan sistem online database sebagaimana yang banyak digunakan pada hari ini. Kemudian, perbualan tersebut berlarutan sehingga menerbitkan dialog seperti diatas. Untuk makluman, aku adalah yang paling muda diantara insan-insan yang berada dalam perbualan tersebut. Mereka yang lain adalah sebaya atau dalam umur yang lebih kurang sahaja. Manakala aku agak muda jika dibandingkan dengan mereka. Begitu juga dengan pendidikan dimana mereka telah meninggalkan alam pendidikan sekurang-kurangnya 5 tahun. Aku pula adalah generasi yang dalam kategori fresh graduate. Perbezaan ini aku nyatakan kerana perbezaan ini mempengaruhi cara berfikir kami.
Perkara yang aku ingin sampaikan ialah pemerhatian yang aku buat dalam perbualan tersebut iaitu dari segi mindset/persepsi orang kita. Pemerhatian dalam masa yang singkat itu aku kaitkan dengan data-data berkaitan yang aku simpan dalam memori aku. Dengan tajuk yang aku buat iaitu comfort zone atau dinamik dan reformasi, aku dapati kebanyakan orang kita ini agak sukar untuk meninggalkan comfort zone dan berubah menjadi dinamik. Tidak dinafikan bahawa ini adalah perkara normal. Namun sampai bila kita hendak berada dalam keadaan ini? Sedar atau tidak, mindset seperti ini sebenarnya memberi kesan kepada banyak perkara.
Mari kita analisa perbualan yang aku nukilkan tadi. Aku akan cuba membuat analisis seadil yang mungkin. Sebelum aku mula, aku aka menerangkan secara ringkas mengenai perbualan itu berkisar tentang apa. Baik..salah satu dialog diatas ialah mengenai sistem online human resource iaitu sistem yang membolehkan para pencari kerja dan pihak majikan untuk berhubung sesama mereka melalui online. Para pencari kerja boleh memohon pekerjaan melalui sistem ini dan para majikan pula boleh mencari pekerja. Sistem atau kemudahan seperti bukanlah baru. Di negara jiran kita, Malaysia, JobStreet adalah salah satu contoh sistem yang serupa. JobStreet telah banyak memberi manfaat kepada para pencari kerja mahupun pihak majikan. Di peringkat antarabangsa, LinkedIn adalah media sosial professional yang tidak asing lagi. LinkedIn membolehkan para pengguna untuk memaparkan kelayakan dan kepakaran mereka. Cuma, di negara kita, perkara ini agak baru. Perbincangan mengenai kesan mindset tidak mahu berganjak dari comfort zone ini akan aku sambung di bahagian seterusnya. In Sya Allah aku akan membincangkan kesannya kepada agama, sosial dan ekonomi.
Marjan,
Brunei,
16/1/2016
Marjan,
Brunei,
16/1/2016
No comments:
Post a Comment